Miss SaiFi
Set Ur Mind
Jumaat, 16 Disember 2016
Miss SaiFi: Masalah Tautan Hati Yang Kian Luntur
Miss SaiFi: Masalah Tautan Hati Yang Kian Luntur: =) (T-T)'' .... sejak akhir2 ni, aku rasa diri ni macam lalang jer... masalah dengan kawan?lawan?sahabat? hahaha.. aku kelir...
Miss SaiFi: karangan Imam Hassan AL-Banna.... Saya b...
Miss SaiFi:
karangan Imam Hassan AL-Banna....
Saya b...: karangan Imam Hassan AL-Banna.... Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dengan berkhidmat kepada manusia...
karangan Imam Hassan AL-Banna....
Saya b...: karangan Imam Hassan AL-Banna.... Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dengan berkhidmat kepada manusia...
Jumaat, 30 Januari 2015
karangan Imam Hassan AL-Banna....
Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia berasa seronok apabila dia dapat membantu kesusahan orang dan membuat mereka gembira. Dia sanggup berkorban untuk kebaikan masyarakat dan menganggap keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri - ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang sesat ke jalan yang benar.
Saya yakin tindakan yang tidak bermanfaat kepada orang lain dan juga dirinya adalah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik adalah tindakan yang bermanfaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manfaat kepada umum adalah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat - pendapat saya ini yang mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya ilmu bagi rakyat.
Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita - cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita - cita tertinggi ini akan mendapti dirinya berada di persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri - cirinya tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu dari keduanya.
Jalan yang pertama adalah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini adalah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan - jalan yang lain. Jalan yang satu lagi adalah pendidikan , tarbiyah dan dakwah.
Inilah jalan yang lebih mulia di jalan Allah SWT. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini. Selepas merantau dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.
Saya dapati masyarakat kita sudah tidak mempedulikan agamanya lontaran pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka sudah lupa kepada pencapaian - pencapaian gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman - fahaman yang penuh kekeliruan, dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang menyekat pertumbuhan fikiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba - raba dalam kegelapan jahiliah. Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam di dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah dan mereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma atau tidak percaya adanya Tuhan.
Saya yakin manusia, dari segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang saya adalah seorang sahabat. Dia bersemadi di dalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya.
*****(karya Abdul Latip Talib)
Jumaat, 5 Disember 2014
Masalah Tautan Hati Yang Kian Luntur
*****
tapi.. aku still tak puas hati dengan jawapan tu.. aku still nak jawapan jitu, walaupun aku tahu aku takkan pernah dapat jawapan yang jitu.. hey... saifi.. please wake up.. sedar dari igauan kau.. kau tahu bersyukur tak?tepuk dada tanya iman... #deep ... selama ni aku nak perhatian dari orang lain ke?tak jugak..aku memang tak mengharapkan perhatian..tapi aku cuma nak dihargai... ***
***guys.. if u know that i love you alls so mucchhhhhhhh.... but.. i've already said that i hate u alls... =(
kata2 tak dapat nak di undur macam perahu atau lori and whatsover..
*****
"ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa.. so dua2 pun masalah.. then what should we do?like i said before.. back to Allah dear" ~ s***
*** cakap kat diri sendiri, aku nak bangkit, nak bangun semula, nak kejar sahabat2 aku yang masih menunggu aku dari dulu sampai bila2... =).. hwaiting~
Jumaat, 19 September 2014
Saya lansung tidak mengerti,ukhuwah yang telah lama kamu bina,telah lama kamu cipta,bertitis2 peluh dan keringat,sehingga banyak wang harta malah masa kamu luangkan,sehingga mungkin hingga sampai ke tahap menitiskan darah hanyalah semata2 utk merapatkan ukhuwah utk mendapatkan rahmat Allah sumber berukhuwah,utk menjalinkan ikatan kasih syg sesama sahabat....segala yg kamu sumbangkan itu yg kamu curahkan itu,yg kamu berikan itu adkah semua itu utk kamu berpecah belah di akhirnya???.....hanyalah kerana sedikit ketidak sefahaman,sedikit masalah hati,sedikit perasaan takut,sedikit perasaan rasa x dilayan..maka kamu mengambil jalan mudah utk menyalahkan ukhuwah yg terbina..menyalahkan sahabat,menyalahkan takdir Allah menyalahkan Allah... subhanAllah.....(ingatlah azab Allah itu amattt pedihh.)
Saya memberikan contoh,ibarat kamu sedang membina sebuah rumah dgn btu bata..sehingga pd batu bata yg terakhir jrimu berdarah sedikit terluka terkena hirisan batu tersebut..adakah mungkin kamu mengjahanamkan seluruh binaan yg sebelum ini kamu bina dek kerana geram kerana terluka jari??...
Kepada yg sudah setia dlm berukhuwah,adakah kamu selesa apabila seorang dari sahabatmu telah mula memencilkan diri?..jika ya..mengapa kamu berasa sedemikian??...adakah kamu menganggap bahawa kerana sahabat mu yg memencilkan diri itu punyai masalah sdri maka biarlah dia yg dgn sdrinya dtg kembali kpd keluarga ukhuwah...itu adalah satu pemikiran yg kolot..kamu menipu diri sendiri malah kamu membuat org lain berasa bahawa ukhuwah yg kamu sampaikan adlah x lain xbukan suatu penipuan semata2..kamu menyebabkan fitnah secara x lansung terhadap ukhuwah yg Islam sampaikan..
Saya menyeru kembalilah ke pangkal yg jernih,kerana sebelum yg jernih itu adanya keruh,org tdk akan membersihkan sesuatu yg jernih,ttp akan membersihkan sesuatu yg keruh.Tapis serta buanglah sikap yg mengeruhkan keadaan baik dari sang pemencil malah sang pengukhuwah.
~kamu(kedua2 pihak) hanya diuji sedikit shj pon kamu sudah menggelabah..kembalilah beriman pada ayt Allah SWT..:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu karena nikmat Allah, menjadilah kamu orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [Ali Imrân/3:103]
Isnin, 17 Februari 2014
Selasa, 11 Februari 2014
''dunia bukan tempat tinggal.. tapi tempat kita meninggal''
first aku baca ayat ne.. wah... deep giler rasanya.. sebab.. selama ni aku pernah kejar dunia and cita2 aku terlalu tinggi di dunia ini.. tanpa aku sedari bahawa dunia ni adalah bersifat sementara. and lambat atau cepat kita pasti akan kembali jua pada Allah SWT.. Pencipta kita.. =)
Langgan:
Catatan (Atom)


